CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 17 May 2011

RAHSIA DI SEBALIK BAJU T???

ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT2 KIRANA SEKALIAN..:-)


maaf la..kirana dah lama tak update blog kan...
yala...sibok la sahabat2....
kirana pon rindu kat anje nih....
ingat..bukan tak ingaT.....
tapi,,,masa tak iZinkan...


hehhe...jenG3X...
hari ni kalau internet tak mencemburui kirana...kirana nak g spotcheck blog sahabat2 yang dirindui..:-)


Kirana nak share someting with u all about rahsia di sebalik baju T...
Kirana terbaca,..N kirana naK jugak share with all of u>>:)


ENJOY IT YAA!!! :-)

Rahsia disebalik Baju T

Tahukah sahabat sekalian bahawa lukisan pada baju T yang kalian pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kalian biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kalian. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kalian gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kalian sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kalian juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kalian memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kalian juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kalian digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kalian juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kaLian gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan

Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambang perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon

Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going daan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.


Baju T Kosong


Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah 





HAA?? amacam???sahabat2 selalu sarungkan yang mana???hehe
tapi jangan percaya sangat dengan apa yang ada di atas tu yer..janji hidup kita aman bahagia sudah!!

kalau diri kita ada sikap negatif>>berusahalah ke arah positif:-)


sekian>>maasalamah wa ilalliqaq>>salam:-)

Wednesday 4 May 2011

JUS JAMBU BATU MERAH (SUNRISE PINK GUAVA)

Salam kalian semua..
Kirana nak kongsi bisnes dan kesihatan dengan kalian..


Nama Produk : Sunrise Pink Guava 

Figure 1

Produk Description: Jus Jambu Merah. dalam btk kotak 1liter.100% tanpa pengawet,perisa,dan gula. 
Modal : RM152(1 id) sekali seumur hidup. 1id akn mendapat 12kotak(1liter) 
sekotak (1 liter) :RM 15


DETAILS 

- Syarikat Sunrise Group dilantik oleh Golden Hope Food & Beverages(GHFB) iaitu anak syarikat Sime Darby Plantation(SDP).untuk kepastian anda,sila hubungi GHFB di talian 05-693 1911. 
- SDP adalah konglomerat Msia.psl isu kualiti produk,xharus dipertikaikan. 
- Sunrise grup hanya berfungsi sbg 'marketing arm' dan Sunrise bukan anak syarikat GHFB. 
- GHFB pasarkan pink guava Go Fresh(ada gula) di hypermarket,manakala Sunrise market Sunrise Guava yg 100% bebas gula,pengawet,perisa. 
- SDP mempunyai ladang buah jambu batu merah terbesar di dunia(1250ekar) yg terletak di Setiawan Perak. xperlu risau pasal kehabisan stok 

Sunrise Group ni kukuh ke?direct saya jawab xtau. tp apa yg saya tau,GHFB mustahil akn bg approval kpd company2 kecik/xde track record utk pasarkan jus pink guava ke seluruh negara & negara jiran. 


Kelemahan join bisnes ni 

- marketing plan ni biasa je.. jika tuan2 nk compare markt.plan co. tuan2 dgn Sunrise Guava, xpayah.sure markt.plan tuan2 lg best. 
- dgn RM152 utk 1id,konfem xbleh bg anda status jutawan.sbb 1id hny boleh jana potensi RM58,590.multiple id dibenarkan. 
- bisnes ni xde pangkat-pangkat.upline downline pun xde.sebab, cecah je income anda rm1400, co. akn beri ID re-entry.dan dapat lagi 12kotak jus.bila dapat id re-entry,org yg join awal tu nak x nak kena juga letak dibawah tapak yg kosong kt bwh.so konpem dia kena jd downline plak pada downline dia yg dulu.. 
- produk ni cuma jus biasa,bukan produk kesihatan or superjuice.tp jus pink guava mempunyai 5kali lebih vitamin drp buah oren. 
- kelemahan paling ketara,jus pink guava ni sgt2 sedap.oleh itu,stok anda pasti cepat habis. time2 puasa ni,klu anda bbuka dgn jus guava,KONFEM satu malam habis satu kotak! 

Kelebihan
 

- modal rendah, rm152 sekali je. 
- produk sangat releven,iaitu jus jambu merah.semua boleh minum.boleh kongsi dgn semua org. anda pasti xrasa ralat nk share,sbb produk ni sedap n murah. 
- hanya dgn rm152,company akan buat auto-placement ID anda.bg yg malas cari org,xyah cari. co. akn buat auto-placement.tp bonus xbanyak ahh.. 
- GHFB telah memberi green light utk Sunrise Guava penetrate market Indon,Thai,Filipin, dan coming soon Morocco. jus imagine auto-placement(world pool) yg anda akan dapat.. ni 1st-come-1st-serve basis. 


RM152 xkan membuatkan anda bankrap. 
klu ye pun dtakdirkan anda xbuat duit dlm bisnes ni,sekurang-kurangnya anda dah minum 12kotak jus pink guava yg sungguh enak. sapa cakap rugi?? huhu.. 



KELEBIHAN 
Manfaat KESIHATAN
Manfaat kesihatan dengan mengamalkan meminum "Pink Guava Juice" secara berterusan, dapat mengatasi atau mengurangkan masalah kesihatan atau penyakit2 berikut:-

Kencing Manis, Gula Dalam Darah, Jantung, Mengurangkan Kolesterol, Gastrik, Cirit-Birit, Masalah Penghadaman, Masalah Usus, Kebas Kaki & Tangan, Dermatitis, Epilepsy, Menstrual Disorders, Vertigo, Rheumatitism, Masalah Kulit dan banyak lagi..

SEBARANG PERTANYAAN,BERMINAT  SILA HUBUNGI:
019-4705430 (IDAH)
019-4160236 (SOBRI)
atau
melalui email dan facebook..
kiranairdina@gmail.com

Thursday 21 April 2011

Mari kira sifir namamu dan pasanganmu:)


ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT SEKALIAN...

Hari ni Kirana nak share sesuatu dengan kalian semua....

apa yang kirana nak share tu ek??

sifir ni diberi oleh kawan kirana yang stdy skali kirana...

dya cakap mak saudaranya yang bagi...

untuk melihat kesesuaian,keserasian, dan masa depan jodoh kita nanti...

Tapi!!..kena ingat tau...semuanya tidak semestinya betul....

Apa yang penting dalam sesuatu hubungan itu ye??

macam tagline kirana jugak kan...

kalau kalian dapat yang kurang baik...

jangan putuskan hubungan itu pulak...

yang penting kita kena berusaha yang terbaik dalam hubungan kita...kita kena kuat 
menghadapi segala dugaan dan cabaran..SABAR..TABAH..KUAT..PERCAYA..IKHLAS..JUJUR..SETIA..DAN TERUS TERANG..


Dibawah nie terdapat 'sifir B'..

Pertama sekali...tulis nama kamu dan pasangan kamu di atas sehelai kertas...

BERDASARKAN HURUF-HURUF DI BAWAH NI...
KALIAN BUATLAH PENGIRAAN YA...


A
1
’A
70
B,V,BA,VA
2
D,DA
4
DHA
800
DZ,DZA
100
F,P,FA,PA
80
GHA
1000
H,HA
5
J,JA
3
KG,NK,K,KA
20
KHA
600
M,MA
40
N,NB,ANB,NA
50
O,U,W
6
R,RA
200
S,SA
6
T,TA
400
SO
90
THO
500
Z,ZA
700
C,CH,SH
300
E,I,NY
10
HAA
8
L,LA
30
Y,X,Q,QA,XA,YA
100
TAO
9
 DZAI
7
   SIFIR B

1.     JUMLAHKAN NAMA- NAMA PASANGAN MENGIKUT SIFIR B
2.     JUMLAH TADI DITAMBAH DENGAN 7
3.     SETELAH MENDAPAT JUMLAHNYA BAHAGI DENGAN 9
4.     BAKINYA LIHAT DI SIFIR C

SIFIR C

JIKA KALIAN MENDAPAT BAKINYA BERNOMBOR...

1.     PASANGAN INI TAK BEGITU SESUAI,DI PANDANG RENDAH,DAN MUNGKIN TERHINA.

2.     SESUAI DAN SEGALA-GALANYA BERJALAN DENGAN LICIN DAN TERATUR


3.     KEBAHAGIAAN MEREKA TERANCAM WALAUPUN PADA MULANYA BAIK AKHIRNYA MEREKA AKAN MENYESAL JIKA TIDAK DISERTAI DENGAN KESABARAN DAN KETABAHAN...

4.     KETEGUHAN CINTA MEREKA AMAT JELAS,REZEKI SANGAT MURAH LEBIH-LRBIH LAGI MEREKA DAPAT BERGANDING BAHU DAN SALING MEMPERCAYAI ,SEGALA-GALANYA BERJALAN DENGAN SANGAT BAIK DAN TERATUR


5.     WALAUPUN KESEMPITAN WANG MUNGKIN DIRASAI PADA MULANYA ,KEJAYAAN DAN KEDAMAIAN RUMAHTANGGA DAPAT DICAPAI.

6.     PASANGAN TAK BEGITU SETARAF, PADA MULANYA BERJALAN DENGAN BAIK,AKHIRNYA MEREKA MERASA PERKONGSIAN MEREKA SIA-SIA DAN DI AKHIRI DENGAN PENCERAIAN.


7.     SEBAGAI HASIL DARIPADA USAHA KEDUA-DUA MEREKA BEROLEH KEMEWAHAN DAN MUNGKIN MEMILIKI HARTA YANG BANYAK PASANGAN INILAH YANG PALING BERUNTUNG....

8.     MENGECEWAKAN..


9.     PASANGAN INI MUNGKIN MENGAMALKAN DASAR "TUJUH KALI PIN DAH PAPA"..DAN KESUDAHANNYA BERCERAI...

CONTOH :
IRFANUDDIN + KIRANA IRDINA
I.R.FA.N.U.D.D.I.,N = 10+200+80+50+6+4+4+10+50 = 414
K.I.RA.NA. I.R.D.I.NA = 20+10+200+50+10+200+4+10+50 = 554
554 + 414 = 968
968 + 7 = 975
975 / 9 = 108.333333  (AMIK BAKI = 3)

LIHAT DI SIFIR C

3.     KEBAHAGIAAN MEREKA TERANCAM WALAUPUN PADA MULANYA BAIK AKHIRNYA MEREKA AKAN MENYESAL JIKA TIDAK DISERTAI DENGAN KESABARAN DAN KETABAHAN...

TAPI HENDAK DIINGATKAN..JANGAN TERLALU PERCAYA...PERCAYA LAH PADA ALLAH DAN PERHUBUNGAN KAMU DAN DYA:)

SEKIAN:)




Tuesday 19 April 2011

KEBAIKAN ITU KELEMBUTAN ATAU SEBALIKNYA:)


ASSALAMMUALAIKUM..
Hari ni kirana nak share apa yang dah kirana baca dekat iluvislam....
Sebenarnya..kirana bukanlah seorang yang lemah lembut...dari luaran karekter kirana ni seorang yang gila2..
hepi go lucky...kecoh orangnya...macam kasaq jugak la...tapi sebenaqnya hati cute..:)hehe
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)
Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)
semoga kita semua mendapat ilmu yang amat berguna..amin...