CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 15 April 2011

SANTAU??

Assalammualaikum w.b.t....
setelah sibuk dalam masa seminggu ni kirana tak sempat nak update anjemanjaku kirana ni...
ya lah...dah stay kat site SMKDAH jitra,leptop pun tak usung sebab sana streamix baru ja selamat dipasangkan pada rabu lalu..hehe...
dalam minggu ni baru lah kirana nak usung my baby lappy kirana n boleh tgok ajne tiap2 hari kan:-)


hari ni kirana nak ceria pasai santau...hmmm.....sahabat kirana telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu lalu jam 1.30 pagi akibat terkena santau....so sad.....al fatihah untuk MOHD SAIFUL WAHAB...takziah untuk keluarganya..


Kirana ada search jugak pasal santau ni...and kirana nak share dalam anjemanjaku....



"Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1][2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkacaserbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5]
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka"
(sumber dari sini..)

Jenis-jenis santau:
Santau terbahagi kepada dua:
  1. Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adnunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.
  2. Jenis Kedua – santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘santau angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang meiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:
  • Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
  • Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
  • Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang.
  • Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
  • Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
  • Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

Bahan-bahan Santau:
Secara amnya bahan-bahan untuk membuat santau adalah seperti berikut:
  1. Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
  2. Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
  3. Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
  4. Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jmapuk.

Tanda-tanda terkena santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
  • Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit sesak nafas terutaman waktu maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan yang minag seperti buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santua terhadap mangsa adalah seperti berikut:
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan
  • Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
  • Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  • Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
  • Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
  • Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.





subhanallah....Ya Allah...jauhilah aku..keluargaku..anjeku...keluarga anjeku....sahabat2ku..dan sekalian kaum muslimin dn muslimat dari santau ini...dariMU kami meminta pertolongan dan sejahterakanlah kami suma..rahmatilah kami....amin....
semoga kita saling ingat mengingati....amin...al fatihah..


2 comments:

hanizatul.amira.amran said...

takot pulak bila da bace artikel ni~

KiRaNA said...

TU LA...MINTAK DI JAUHKAN LAH..