CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 3 April 2011

Wasiat RASULULLAH S.A.W...

ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT2 KU YANG AMAT DIRINDUI SEKALIAN...
hari ni kirana nak share with all of u abaout wasiat Rasulullah yang disanyangi kita...
harap kita mendapat manfaat..:-)
Antara wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Ali seperti yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:


Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali bin Abi Talib berkata:

"Pada hari perkahwinanku dengan Fatimah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku:


1.Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi(hamman) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2.Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yg dilakukan oleh kaum Lut.


3.Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-NYA yg melafazkan istighfar:"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yg mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:

"Wahai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yg mengampunkan dosa melainkan Aku. Wahai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawa Aku telah mengampuninya."


4.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb(dusta) itu celaka.


5.Wahai Ali, peliharalah diri engkau dari mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan keatasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya pintu syurga.


6.Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali alam keadaan darurat. dan janganlah jadikan Allah sebagai perrmainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yg bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7.Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan memaki hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9.Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.


10.Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11.Wahai Ali, perhitungkanlah(tahassub) kurniaan Allah yg telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau memperoleh peruntukkan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yg engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yg engkau kasih pada diri engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13.Wahai Ali, perbaikanlah perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yg tinggi begi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesanan (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.


Waalahua'lam..


Semoga ad manfaatnya walau sedikit buat kita semua. InsyaAllah.

No comments: